Sensational Feeling Nine

Sensational Feeling Nine ialah album studio dalam bahasa Jepun pertama bagi kumpulan muzik dari Korea Selatan, SF9. Ia dilancarkan pada 13 Disember 2017 oleh syarikat Warner Music Jepun.[1] Album ini terdiri daripada sepuluh buah lagu, di mana lagu "Matahariku ~Sinar Mentariku~" (僕の太陽 ~O Sole Mio~)[lower-alpha 1] dijadikan sebagai runut utama. Kebanyakan lagu daripada album studio tersebut pernah dikeluarkan sebagai beberapa single sebelum ini.